Hubungi Kami Sekarang
TRUSTED SERVIS PEMASANGAN & PENYELENGARAAN PENGHAWA DINGIN
Menjadi kontraktor pilihan pelanggan serta membantu 50,000 orang pelanggan sekitar Shah Alam dan Selangor pada 2030
Lebih 1403+
PELANGGAN BERPUAS HATI
MRH Aircond Services perkhidmatan pemasangan & penyelengaraan penghawa dingin
Kami sentiasa meningkatkan kemahiran dan
perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di masa depan.
Memenuhi Kehendak Pelanggan
Melaksanakan kerja yang berkualiti dan mengekalkan dan memperoleh hubungan yang baik dengan pelanggan
Bersikap Profesional
Latihan dan pembangunan kakitangan. Hubungan dan komunikasi yang baik dengan pelanggan dan pembekal
Pengurusan Kualiti Kerja
Memastikan perancangan yang baik sebelum pelaksanaan terlebih dahulu.
Kontraktor Penghawa Dingin Yang Anda Patut Percaya
Pada tahun 2019, Mohd Hafisnaldi bin Petrinadi dan Muhammad Ikhmal Hakim bin Zaki menubuhkan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dikenali sebagai MRH Aircond Service. Perniagaan ini dijalankan secara bersama oleh kedua-dua pemilik dengan memberikan fokus kepada penyelenggaraan penghawa dingin, dengan hanya menggunakan sebuah kenderaan berupa lori berkapasiti satu tan.
Menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2020, usaha gigih dan tekun mereka membuahkan hasil dengan meningkatkan jumlah kenderaan kepada dua buah lori berkapasiti satu tan dan sebuah van. Selain daripada itu, syarikat telah mengambil inisiatif untuk memberikan peluang kepada generasi muda dalam bidang penghawa dingin, dan pada tahun 2024, jumlah anak didik yang masih bekerja di MRH Aircond Service telah meningkat kepada sembilan orang.
Kami Janjikan Jaminan Kerja Yang Berkualiti
Dengan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki, syarikat mampu melaksanakan kerja dan projek sehingga menepati kepuasan pelanggan. Kami sentiasa meningkatkan kemahiran dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di masa depan. Justeru, kami memastikan agar objekif, misi dan visi kami dapat dicapai.
- Kami percaya kepada keikhlasan, kejujuran dan ketepatan janji
- Kami berusaha menarik, melatih dan mengekalkan kakitangan kami di semua peringkat.
- Kami tetap berusaha menjaga reputasi baik MRH Aircond Service
- Kami berpegang teguh kepada profesionalisma dan kredibiliti melalui sifat bangga dan dedikasi kakitangan kami
- Kami percaya bahawa para pekerja kami adalah harta yang paling bernilai
- Kami percaya kepada konsep kerja berpasukan, harmoni & kesetiaan
- Kami sentiasa berusaha mencari peluang dan mencuba teknologi terbaru
- Kami beroperasi di peringkat kebangsaan
Harga yang berpatutan dan Perkhidmatan yang Hebat
Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan membaik pulih dan mengganti sistem unit penyaman udara anda, hubungi kami dan kami akan menjawab semua persoalan anda serta mengatur janji temu ke kawasan anda secepat mungkin.








